PRAKTIS SOALAN

Jawab semua soalan
Soalan 1 hingga Soalan 20

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Hitamkan jawapan
yang tepat .

1. Berikut adalah contoh kufur hakikat, kecuali

A menganggap puasa tidak wajib
B tidak mengakui balasan akhirat
C menolak hukum yang terdapat dalam al-Quran
D enggan mengeluarkan zakat atau sedekah

2. Maksud khurafat ialah

A percaya kepada jin atau syaitan
B ilmu sihir yang merosakkan akidah
C kepercayaan yang diwarisi daripada nenek moyang
D kepercayaan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan Islam

3. Berikut adalah keistimewaan kitab Sahih al-Bukhari kecuali

A himpunan hadis nabi yang paling sistematik
B hadis disusun mengikut fekah,muamalat dan jinayat
C  menjadi sumber rujukan umat Islam selepas al-Quran
D sebuah kitab fekah yang membincangkan sesuatu perkara secara terperinci

4. Perkara-perkara yang membatalkan gadaian ialah
I penggadai meninggal dunia.
II penggadai telah melangsaikan segala hutangnya
III barang yang digadai diberikan kepada orang lain
IV pemegang gadai memberi pinjaman secara rela kepada penggadai

A I,II, dan III
B I, II, dan IV
C I,III dan IV
D II, III dan IV

5. Apakah kepentingan adab berhias diri dalam Islam?
A menjaga penampilan sahsiah diri
B mengikut perkembangan fesyen terkini
C mendapat sanjungan dan perhatian orang lain
D menjaga kecantikan agar kelihatan lebih muda

 Memberi perlindungan kepada mereka yang
menghadapi kerugian pendapatan atau harta


6. Pernyataan di atas merujuk kepada jenis insuran iaitu
A insurans pendidikan
B insurans nyawa
C insurans khas
D insurans am


7. Apakah maksud taubat?
A suatu cara mendapat rahmat Allah S.W.T
B suatu cara beribadat kepada Allah S.W.T
C memohon keampunan daripada Allah S.W.T
D memohon hidayah dan petunjuk Allah.S.W.T

8. Manakah pernyataan yang benar tentang jual beli yang dilarang tetapi sah menurut
syarak
I mengurangkan sukatan dan timbangan
II Menjual barangan yang haram untuk kebaikan
III menjual buah-buahan yang masih putik
IV monopoli dalam jual beli
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

9.Mengapakah Imam Abu Hanifah r.h.dikatakan pakar dalam bidang ilmu hadis?
A dapat membezakan antara hadis sahih dengan yang tidak sahih
B banyak meriwayatkan hadis daripada Rasullullah s.a.w.
C menulis kitab Fiqh al Akbar
D Berfikir secara kritis

10. Mazhab Maliki telah tersebar luas ke beberapa negara antaranya
I Iran
II Indonesia
III Maghribi
IV Kuwait
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

11. Perbuatan merosakkan kemudahan awam dikenali sebagai
A jenayah vandalism
B jenayah kolar biru
C jenayah juvana
D jenayah sosial

12. Berikut adalah organisasi pasukan tentera pada zaman Bani Umaiyyah kecuali
A al-Jundi
B al-Maisarah
C al-Maimanah
D al-Muqaddimah

13. Amalan yang patut dilakukan ketika menziarahi jenazah ialah
A berdoa supaya jenazah mendapat keampunan
B membicarakan hal-hal berkaitan duniawi
C menunaikan solat istikharah
D menunaikan solat hajat

14. Hukum menziarahi makam Rasulullah s.a.w. ketika mengerjakan ibadat haji dan
umrah adalah
A Makruh
B Harus
C Wajib
D Sunat


1 5.“Mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama Islam”

Pernyataan di atas boleh membawa seseorang menjadi murtad dengan cara
A Amalan
B Iktikad
C Perbuatan
D Perkataan

16 . Antara berikut yang manakah hikmah diharamkan riba.
A mewujudkan semangat rajin bekerja dalam masyarakat
B membanteras kezaliman dalam masyarakat
C membangunkan ekonomi sesebuah Negara
D mewujudkan masyarakat yang prihatin


17. Tujuan Allah S.W.T mengurniakan akal kepada manusia
A untuk memuliakan darjat manusia dari makhluk lain
B supaya manusia menyedari nikmat kurniaan Allah S.W.T
C supaya manusia melaksanakan tanggungjawab berkeluarga
D untuk membezakan antara tingkah laku manusia dengan haiwan

18.Khalifah al-Rasyidin yang ke-tiga ialah
A Saidina Abu Bakar al-Siddiq
B Saidina Umar al-Khattab
C Saidina Uthman b Affan
D Saidina Ali b Abi Talib

19.Di antara syarat bagi seseorang yang menuduh orang lain berzina ialah
A Mumaiyyiz
B tidak dipaksa
C dua orang saksi
D tidak mengetahui haramnya qazaf

20. Berikut adalah cara berbakti kepada kedua ibu bapa ketika mereka sakit;
I mematuhi segala arahan mereka
II merendahkan suara ketika bercakap
III menziarahi dan merawat mereka dengan baik
IV menolong mereka berwuduk jika tidak berupaya
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

No comments:

Post a Comment